Kali ini, saya akan beri beberapa
tip bagaimana mengatasi masalah anak yang kurang bercakap. Sebenarnya banyak
tip yang boleh diaplikasikan dalam kes sebegini, google jer kat internet banyak
sangat. So, ibu bapa boleh pilih mana-mana yang sesuai. Tip yang saya kongsi di
sini adalah yang gunakan oleh kami dan
menampakkan hasilnya. Di antaranya adalah seperti berikut:
1) Ibu bapa
harus rajin bertanya. Nak Tanya apa? Bagaimana? Di mana?..Tanya lah
apa-apa pun. Sebagai permulaan tanya la soalan yang lebih spesifik dan bagi
pilihan jawapan..Contohnya balik ambil anak dari tadika, ibu bapa jangan la tanya
“Buat apa hari ni”. Soalan macam ni banyak jawapan, (contoh jawapan: belajar,
main, makan, besukan, gaduh, dll) ada sesetengan kanak-kanak ni tak tahu nak
jawap yang mana satu. So, lebih baik tanya “seronok ke main dengan kawan-kawan
hari ni?” atau “Cikgu Ana ajar ABC ke hari ni?”. Jawapan bagi soalan macam ni
hanya satu dan lebih spesifik. So kanak-kanak tak perlu pikir nak jawap apa.
Lama-lama kalau sudah nampak kemajuan dan dia pun sudah agak selesa, boleh la
nak tanya soalan yang lebih umum.
Ingat ye, motif
saya sekarang adalah untuk mengajak anak-anak untuk berbual. So, jangan
stress-stress kata, nanti anak tak dapat berpikir secara versatile atau
berfikiran aras tinggi kalau tanya soalan yang spesifik. Yang penting anak-anak
selesa untuk bercakap.
2) Bertanya
dalam pelbagai intonasi. Ibu bapa kalau bertanya dengan anak-anak
janganlah formal sangat, buat lah pelbagai intonasi supaya menarik minat anak
untuk berbual. Macam pertandingan bercerita tu, kan banyak intonasi. Baru la seronok.
Jangan la kita cakap dengan anak ni, macam kita cakap dengan client atau kat
office. Anak pun stress nak cakap.
3) Jadilah
pendengar yang baik. Untuk anak-anak lebih aktif bercakap, ibu bapa
perlulah jadi pendengar yang baik. Mendengar untuk faham apa yang cuba
disampaikan oleh anak-anak ini. Dalam kes saya ni, tak faham sangat pun anak
cakap apa. Cuma tunjukkan minat dan beri tumpuan masa anak bercakap. Ini
sebenarnya sangat penting. Bukan anak-anak jer, kita pun yang dah besar ni akan
lebih selesa bila orang mendengar dengan baik kan. Cuba tangguhkan sebentar apa yang kita sedang
buat, untuk mendengar apa yang si cilik mahu katakan. Berhentilah sekejap. Contoh:
Ibu tengah basuh pinggan di dapur. Kemudian anak berlari sambal kata “Ibu, ibu,
tegok ni!” cuba lah berhenti sebentar, lihat apa yang cuba di perkatakan. Anak-anak
akan lebih gembira sekiranya kita memberikan perhatian kepada mereka.
Seterusnya, mereka akan lebih selesa untuk berbicara.
4) Murah
Pujian. Sesiapa pun suka di puji. Jadi pujilah anak-anak sekiranya
mereka melalukan kebaikkan atau sesuatu yang baru. Ini bagi meningkatkan
keyakinan diri mereka. Kadang-kadang mereka tak buat apa pun, cuma tolong ibu
bawakan cawan ke dapur. Berilah sedikit pujian seperti: “Bagusnya abang, tolong
ibu” atau “Awesome lah adik tolong ibu”. Simple kan ayat ni tapi memberi makna
yang sangat besar kepada anak-anak yang sedang membesar.
5) Ajar
mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Saya suka bawa anak ke
Mall. Suruh anak ambil makanan yang perlu di timbang, dan suruh dia pergi
timbang sendiri. Siap bagi dialog untuk cakap apa pada kakak dekat kaunter timbang.
Contohnya , abang pergi timbang makanan ni dekat kakak tu. Nanti cakap dekat
kakak tu, “kakak tolong timbangkan” tau. Ajarlah selalu, mudah-mudahan akan
berhasil.
Ok dulu lah ye,
Ini diantara tip-tip yang saya gunakan untuk anak saya yang tak berapa nak
bercakap. Tak tahulah malu ke apa. Nanti kalau ada tip yang tertinggal akan
diupdate kemudian yer.
Happy reading u
all..
No comments:
Post a Comment