Sunday, 5 April 2015

Explorasi Tsukuba




Penerbangan dari KLIA ke Narita Airport  mengambil masa lebih kurang 7 jam, dan akan mendarat di Terminal 2. Kalau menggunakan Airasia pula akan mendarat di Haneda Airport. Lepas keluar imigresen teruslah cari Booth JICA, tak jauh dari pintu utama untuk urusan pengangkutan ke JICA Tsukuba. Sebab saya dulu duk la ulang-alik depan Booth ni, tapi tak perasan, dah penat duduk baru perasan kat depan tu jer. Adehhhhh.


Perjalanan ke Tsukuba dengan menggunakan Limo  selama 1 jam. Pemandu di Jepun tersangat bersopan santun ketika memandu, bawa limo setakat 60-70 km/jam. Sempatlah tengok-tengok keliling dalam keadaan yang tengah pening-pening lalat sebab baru touch down.


Sampai je JICA Tsucuba terus check in, diberi penerangan sedikit, goodies bag dan MEAL CARD. Haaaa….pasal Meal Card ni yg ada kesilapan sikit. Sesiapa yang berkursus di sana yang telah diberikan elaun makan oleh JPA tidak layak untuk dapat Meal Card ni. Punya dah seronok dah makan-makan, 2 minggu kemudian baru mereka bagi tahu ada kesalahan dan sy terpaksa bayar balik lebih kurang 8800yen, lebih kurang RM290.

Apa yang best dekat Tsukuba ni? Bagi saya biasa-biasa jer, sebab Tsukuba bukan tempat tarikan pelancong yang popular macam Tokyo atau Osaka. Dekat sini lebih dikenali sebagai bandar Sains dan Teknologi yang tertumpu kepada pusat pendidikan dan pejabat-pejabat kerajaan sahaja. Kalau nak berlibur, boleh la pergi ke Tsukuba Center naik bas 300yen dari JICA Tsukuba kalau guna bas awam. Setiap hari Sabtu, JICA akan menyediakan bas untuk ke Tsukuba Centre ni pukul 9.30 pg kalau tak silap. Kalau rajin boleh berbasikal ke Tsukuba centre yang mengambil masa 30 min. Basikal juga ada disediakan oleh JICA. Tapi disebabkan cuaca masih sejuk sekitar 10-15 oC, saya pun tak berapa berminat untuk berbasikal jauh-jauh.




Di Tsukuba Centre ini, ada beberapa tempat yang boleh dikunjungi seperti Tsukuba Space Centre, Mt. Tsukuba, Doho Park, Tsukuba Expo Centre, Science Square Tsukuba dan macam-macam lagi. Bandar science and Technology lah katakan. Siapa yang berminat mesti sangat suka. Tapi saya tak sempat nak pergi pun, setiap hujung minggu mesti keluar ke Tokyo, daki Mt. Tsukuba atau setakat jamu mata kat Q-t, LALA GARDEN atau SEIBU. Q-t dan SEIBU ni dekat sangat dengan stesen bas dalam 5 min jalan kaki jer. Ada satu lagi tempat shopping tapi yang ni untuk barang-barang second hand sahaja. Student suka datang sini, termasuklah saya..hahaha.. Namanya The REX, boleh shopping macam-macam dari baju, seluar, kimono, bag, mainan, pinggan mangkuk sampailah peralatan elektronik. Tetapi saya terlupa untuk ambil gambar.




Haaaa…satu lagi tempat boleh shopping, AEON MALL mula buka tahun 2013. Sempat lah juga pergi masa mula-mula buka dulu. Memang sangat dekat dengan JICA Tsukuba. Naik basikal lebih kurang 10 min jer. Kalau ada yang suka barang elektronik, ada satu tempat yang agak murah iaitu KS Denki. Kalau dari JICA Tsukuba berkayuh mengambil masa 20 min. Sangat berbaloi. Siap boleh tawar-menawar lagi..Nak tawar macam mana kalau jurujual tak berapa fasih berbahasa Inggeris. Apa lg cakap “Price Down” lah siap buat gaya sekali. Tergelak sy bila teringat kawan sy yang merupakan pelajar master di sana tawar-menawar harga. Sy pulak tak dapat lah  nak beli apa-apa, sebab duit dah kosong..hahaha..boleh pulak tak teringat boleh swap credit card. Ada hikmat tu. Alhamdulillah.



(Gambar google)


(Gambar Google)

Selain tu, ada banyak lagi tempat shopping barang keperluan harian seperti KASUMI, DAISO dan lain-lain lagi. Setelah survey beberapa kedai kasut di Tsukuba ni,  kedai kasut yang menawarkan harga berpatutan yang aku pernah pergi adalah D'Alpine. Nak jenama apa semua ada. Nike, Adidas, Puma dan banyak lagi. Sempatlah rembat 2 Nike dan 1 Adidas. Sangat best. Semua tempat-tempat ni boleh pergi naik basikal sahaja. Seronok sangat boleh bersantai-santai. Pergi shopping sambil bersenam naik basikal. 

No comments:

Post a Comment