Showing posts with label Explorasi santai. Show all posts
Showing posts with label Explorasi santai. Show all posts

Saturday, 18 April 2015

Mendaki Mouth Tsukuba



Jika di Sapporo masih bersalji tebal, di southern area sudah masuk musim bunga sekitar pertengahan bulan Mac. Cuaca mulai kurang sejuk sekitar 15-20oC. Bunga yang akan mula-mula mekar mengiringi musim bunga adalah plum blossom. Ohh ya, pada masa ini distesen-stesen keretapi akan memasang bunyi kicauan burung bagi menandakan musim bunga semakin hampir.



Jika di Tsukuba ini, bolehlah pergi ke Mt. Tsukuba Plum Blossom Garden untuk menikmati keindahan plum blossom, sebelum berkembangnya bunga sakura. Untuk ke Mt. Tsukuba, boleh menaiki bas dari Stesen Bas Tsukuba Center dan akan berhenti di dua lokasi iaitu Tsukuba Shrine (40 min) dan Tsutsujigaoka (50 min)Tambang yang dikenakan adalah 700yen dewasa dan 350yen kanak-kanak jika turun di Tsukuba Shrine manakala 850yen dewasa dan 430yen kanak-kanak jika turun di Tsutsujigaoka. Sekiranya anda memerlukan penerangan yang lebih lanjut, boleh merujuk di kaunter pertanyaan yang disediakan. Tetapi di sini, orang tempatan agak sukar berbahasa Inggeris jika dibandingkan di bandar-bandar besar. Pamplet juga dalam Bahasa Jepun. Selalunya, kalau saya akan ikut kata hati atau “Follows the crowd” . Bukannya banyak tempat yang boleh dikunjungi di kaki gunung ini, mesti kebanyakkan yang turun dari bas  akan ke plum blossom garden. Semasa saya ke sini, pokok plum ini baru mula berkembang dan belum kembang sepenuhnya. Secara keseluruhnya, pokok-pokok plum telah mengeluarkan putik dan menanti untuk mekar.


Statistik kadar jenayah adalah sangat rendah di Jepun, jadi agak selamat untuk berjalan sendirian memandangkan rakan-rakan lain mempunyai urusan mereka sendiri. Tetapi rezeki saya, dipertemukan dengan 2 orang pelajar Indonesia yang sangat baik hati semasa di Stesen Bas Tsukuba Center. Jadi kami pun sama-sama ke Plum Blossom Garden dan mendaki Mt. Tsukuba.


Semperna kedatangan plum blossom ini, mereka mengadakan satu perayaan yang dinamakan “UME-Matsuri”. Sempat jugalah merasa kemeriahan perayaan Ume-matsuri ini. Di Mt Tsukuba terdapat lebih 3000 pokok plum dan lebih 100 spesis berbeza. Manakala ketinggian Mt. Tsukuba adalah 877m sahaja dari paras laut. Orang jepun sangat suka aktiviti mendaki. Kelihatan warga tua dan kanak-kanak tidak ketinggalan juga. Tetapi jika tidak minat untuk mendaki, boleh juga menggunakan  kereta kabel  dengan harga tiket 570yen dewasa dan 290 yen kanak-kanak untuk sekali perjalanan dari Tsukuba Shrine, manakala jika dari Tsutsujigaoka boleh menaiki ropeway dengan harga tiket 600 yen dewasa dan 300yen kanak-kanak. Perkhidmatan ini sangat memudahkan bagi sesiapa yang ingin melihat keindahan bandar Tsukuba dari puncah gunung Tsukuba tanpa perlu mendaki.




Saya pada mulanya memang ingin mendaki, tetapi hasrat tidak kesampaian di tengah jalan kerana memakai kasut yang sangat tidak sesuai dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Jadi saya terpaksa turun kembali seorang diri sebelum menggunakan perkhidmatan kereta kabel sahaja. Untuk perjalanan dua hala harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak 1200yen.


Alhamdulillah.

Friday, 10 April 2015

Beriadah di Taman Saujana Hijau Putrajaya




Cuti hujung minggu ni hendak kemana ya? Bagi saya, inilah masa yang paling sesuai menghabiskan masa bersama keluarga, setelah melalui hari-hari yang memenatkan. Ikutlah minat masing-masing untuk bersama keluarga. Jika saya, saya lebih suka pergi ke taman. Taman permainan depan rumah ini pun sudah memadai asalkan boleh berjongging, berbasikal atau hanya berjalan-jalan sahaja. Yang penting masa yang terluang khas untuk keluarga  dan boleh mengeluarkan peluh.  




Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11, Putrajaya. Taman yang cantik, luas dan terjaga rapi persis di New Zealand..Hahaha.. Untuk kesini, agak sukar juga jika menggunakan pengangkutan awam tetapi boleh juga menggunakan perkhidmatan teksi. Paling mudah adalah dengan menaiki kereta atau motosikal.


Pertama kali saya datang ke Taman Saujana Hijau ini, memang agak tidak percaya,  di sini ada taman yang cantik. Saya tidak tahu langsung sedangkan sudah 14 tahun saya bermastautin di sini. Sangat cantik..sangat cantik..itu yang saya boleh kata. Sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Agak overlah pula.


Ok.. apa yang kita boleh buat di sini?


Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini kerana taman ini sangat luas dan mempunyai banyak kemudahan seperti trek berjongging sepanjang 2.5km, laluan berjalan kaki, pondok dan kerusi untuk berehat, dan macam-macam lagi. Jadi apalagi, jika kesini boleh la berjongging bersama keluarga sambil-sambil menikmati keindahan bukit bukau dan flora. Memang menghijau dan mendamaikan. Namanya pun Taman Saujana Hijau. Sekiranya tidak mahu berjogging boleh juga berbasikal kerana trek yang disediakan agak landai di sekitar lereng bukit ini dan selesa. Tambahan pula terdapat pokok-pokok tinggi, walaupun matahari sudah tinggi masih selesa untuk berjogging.  Selain itu juga, terdapat keluarga yang menghabiskan masa berpiknik di sini, bermain bubble gun bersama anak-anak. Sungguh seronok.


Ya. disebabkan taman ini persis seperti di New Zealand, memang ramai pengantin mengabdikan foto-foto perkahwinan mereka di sini. Bukan satu pasangan sahaja, kadang-kadang sehingga beberapa pasangan pengantin bergambar di sini pada hujung minggu. Taman ini juga menjadi kegilaan sesetengah photographer menghasilkan karya-karya kreatif mereka. Memang mngujakan.

Selamat Berhujung Minggu.



“Pilihlah Gaya Hidup Sihat”

Wednesday, 8 April 2015

Keseronokkan bermain Ski di Fukushima




Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa bermain salji di Fukushima walaupun di Tokyo and Tsukuba sudah tidak bersalji. Nikmat Allah yang tidak dapat didustakan. Mudah-mudahan Allah memberikan saya kesempatan lain untuk menikmati keindahan ciptaan-Nya.



Ok untuk kesini kosnya adalah sekitar 8000yen, pakej termasuk pengankutan dari Tsukuba center  dan sewa peralatan ski di sana. Makan dan minum adalah dibawah tanggungan sendiri. Pukul 4.30 pagi kami sudah berkumpul  di Tsukuba Center untuk menaiki bas ke Fukushima yang mengambil masa selama 5 jam. Seperti biasa pemandu bas sangat bersopan santun semasa memandu, menyebabkan rasa terbuai-buai untuk tidur. Jadi, saya memilih tidur sambil sekali sekala melihat keindahan pemandangan luar. Alhamdulillah, kalau di Malaysia, saya jarang tidur di dalam bas, rasa ngeri bila pemandu bas merempit sakan. Tetapi sesekali mengucap juga apabila bas melalui cenuram yang tinggi semasa melalui lerengan gunung, jalan juga licin manalah tahu jika berlaku kesilapan sedikit, terjunamlah kami semua ke dalam gaung.


Pukul 10 pagi kami selamat sampai di sini. Sangat teruja. Terus ambil gambar, daftar, ambil peralatan ski, baju dan kasut khas. Kami pun bergegas ke bilik persalinan, menukar pakaian dan terus bermain ski sehingga pukul 4 petang kerana pusat ini akan tutup sekitar 4.30 petang. Diingatkan mudah untuk main ski ini, rupanya tersangatlah sukar yang pertama kali seperti saya. Jatuh berkali-kali memang tidak terkata, nasib baik ada Nicola, Russian guy, dia yang mengajar kami untuk berski. 


Alhamdulillah.. atas nikmat Allah ini di bumi asing. Melihat keindahan sekeliling, terasa diri amat kerdil untuk menikmati setiap inci ciptaan-Nya. Betullah orang kata ”Merantau lah sejauh mana yang kamu mahu untuk melihat kebesaran Illahi” . Allahuakbar..






Sunday, 5 April 2015

Explorasi Tsukuba




Penerbangan dari KLIA ke Narita Airport  mengambil masa lebih kurang 7 jam, dan akan mendarat di Terminal 2. Kalau menggunakan Airasia pula akan mendarat di Haneda Airport. Lepas keluar imigresen teruslah cari Booth JICA, tak jauh dari pintu utama untuk urusan pengangkutan ke JICA Tsukuba. Sebab saya dulu duk la ulang-alik depan Booth ni, tapi tak perasan, dah penat duduk baru perasan kat depan tu jer. Adehhhhh.


Perjalanan ke Tsukuba dengan menggunakan Limo  selama 1 jam. Pemandu di Jepun tersangat bersopan santun ketika memandu, bawa limo setakat 60-70 km/jam. Sempatlah tengok-tengok keliling dalam keadaan yang tengah pening-pening lalat sebab baru touch down.


Sampai je JICA Tsucuba terus check in, diberi penerangan sedikit, goodies bag dan MEAL CARD. Haaaa….pasal Meal Card ni yg ada kesilapan sikit. Sesiapa yang berkursus di sana yang telah diberikan elaun makan oleh JPA tidak layak untuk dapat Meal Card ni. Punya dah seronok dah makan-makan, 2 minggu kemudian baru mereka bagi tahu ada kesalahan dan sy terpaksa bayar balik lebih kurang 8800yen, lebih kurang RM290.

Apa yang best dekat Tsukuba ni? Bagi saya biasa-biasa jer, sebab Tsukuba bukan tempat tarikan pelancong yang popular macam Tokyo atau Osaka. Dekat sini lebih dikenali sebagai bandar Sains dan Teknologi yang tertumpu kepada pusat pendidikan dan pejabat-pejabat kerajaan sahaja. Kalau nak berlibur, boleh la pergi ke Tsukuba Center naik bas 300yen dari JICA Tsukuba kalau guna bas awam. Setiap hari Sabtu, JICA akan menyediakan bas untuk ke Tsukuba Centre ni pukul 9.30 pg kalau tak silap. Kalau rajin boleh berbasikal ke Tsukuba centre yang mengambil masa 30 min. Basikal juga ada disediakan oleh JICA. Tapi disebabkan cuaca masih sejuk sekitar 10-15 oC, saya pun tak berapa berminat untuk berbasikal jauh-jauh.




Di Tsukuba Centre ini, ada beberapa tempat yang boleh dikunjungi seperti Tsukuba Space Centre, Mt. Tsukuba, Doho Park, Tsukuba Expo Centre, Science Square Tsukuba dan macam-macam lagi. Bandar science and Technology lah katakan. Siapa yang berminat mesti sangat suka. Tapi saya tak sempat nak pergi pun, setiap hujung minggu mesti keluar ke Tokyo, daki Mt. Tsukuba atau setakat jamu mata kat Q-t, LALA GARDEN atau SEIBU. Q-t dan SEIBU ni dekat sangat dengan stesen bas dalam 5 min jalan kaki jer. Ada satu lagi tempat shopping tapi yang ni untuk barang-barang second hand sahaja. Student suka datang sini, termasuklah saya..hahaha.. Namanya The REX, boleh shopping macam-macam dari baju, seluar, kimono, bag, mainan, pinggan mangkuk sampailah peralatan elektronik. Tetapi saya terlupa untuk ambil gambar.




Haaaa…satu lagi tempat boleh shopping, AEON MALL mula buka tahun 2013. Sempat lah juga pergi masa mula-mula buka dulu. Memang sangat dekat dengan JICA Tsukuba. Naik basikal lebih kurang 10 min jer. Kalau ada yang suka barang elektronik, ada satu tempat yang agak murah iaitu KS Denki. Kalau dari JICA Tsukuba berkayuh mengambil masa 20 min. Sangat berbaloi. Siap boleh tawar-menawar lagi..Nak tawar macam mana kalau jurujual tak berapa fasih berbahasa Inggeris. Apa lg cakap “Price Down” lah siap buat gaya sekali. Tergelak sy bila teringat kawan sy yang merupakan pelajar master di sana tawar-menawar harga. Sy pulak tak dapat lah  nak beli apa-apa, sebab duit dah kosong..hahaha..boleh pulak tak teringat boleh swap credit card. Ada hikmat tu. Alhamdulillah.



(Gambar google)


(Gambar Google)

Selain tu, ada banyak lagi tempat shopping barang keperluan harian seperti KASUMI, DAISO dan lain-lain lagi. Setelah survey beberapa kedai kasut di Tsukuba ni,  kedai kasut yang menawarkan harga berpatutan yang aku pernah pergi adalah D'Alpine. Nak jenama apa semua ada. Nike, Adidas, Puma dan banyak lagi. Sempatlah rembat 2 Nike dan 1 Adidas. Sangat best. Semua tempat-tempat ni boleh pergi naik basikal sahaja. Seronok sangat boleh bersantai-santai. Pergi shopping sambil bersenam naik basikal. 

Saturday, 4 April 2015

Barang-barang yang perlu di bawa semasa travel ke Jepun




Kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya ke jepun sebagai trainee di AIST. Sekarang kan musim sakura @ Hanami season. Teringat lah balik cerita dua tahun lepas, baru nak kongsi. Sebab 2 tahun lepas tak ada blog lagi so sekarang baru nak tulis takut-takut nak pergi ke sana lagi. Nanti dah tak ingat. Tempat yang lebih spesifik saya perlu di tuju adalah Tsukuba. Pernah dengar ke tempat ni. Sejujurnya, saya pun jarang dengar sebelum ni. Tapi disebabkan terpaksa berkursus ke sana selama sebulan. So kena lah minta tolong En. Google. Banyak juga la yang En. Google bagi tahu.


Apa barang-barang yang perlu di bawa ke sana untuk berkampung ni selain pakaian. Sy kongsikan sedikit yer.

Pasport dan visa - Sila dapatkan visa untuk jadi trainee di sana ye. Contohnya, attachment di AIST. Ini senarai yang perlu ada untuk visa application boleh rujuk Japan Ambassy:


  • Original Passort
  • Isi borang yang disediakan (boleh download dari Japan Embassy website)  
  • Satu gambar ukuran 4.5x4.5 cm (Latar belakang putih) attach pada borang
  •  Surat tawaran dekat mana kita buat attachment tu. Original dan photocopy.

  • Passport boleh collect lepas 2 hari bekerja. Suruh la siapa-siapa ambil kalau malas nak pergi embassy lagi.



Foldable bottle & Tisu basah – Sgt penting bila kita keluar jalan-jalan tau. Sebab dekat sana di tempat-tempat tertentu toilet kebanyakkannya tiada air pancut nak beristijak. Air ada tapi dekat sinki sahaja. Tak nak bawa dari sini pun boleh. Boleh beli di kedai 100yen shop. Murah jer kat sana. Harganya Cuma 105yen lebih kurang RM3+ jer. Ikut lah currency semasa. Kalau tak nak beli pun boleh guna la botol mineral yang ada. Mana-mana yang mudah ok.


Baju sejuk, muffler, sarung tangan, long john – ni kalau pergi musim sejuk. Long john tu kalau boleh cari yang selesa tak gatal, maksudnya yang 100% cotton. Yang saya beli dulu 50% polyester and 50% cotton. Sangat tidak selesa, tak pakai pun long john ni, nasib baik bawa inner cotton yang beli dekat pasar malam, dah la murah selesa pula..hehehe.tapi ikut la mana-mana yang berpatutan.


International Extention plug – Di Jepun voltage hanya 110Mw sahaja, tak sama dengan Malaysia. Kalau laptop dan telepon selalunya, In Shaa Allah boleh charging.  Tapi saya tak boleh charging kamera direct pada plug. Masa mula-mula sampai dulu tak tahu, charging la dekat plug dinding satu malam, Esoknya, nak keluar ronda-ronda Tokyo, baru ambik 2 keping gambar bateri dah exhausted. Tension ya ampun..Lepas tu, saya charging kamera guna laptop. Mungkin sepatutnya bawa converter..hahaha


Makanan – Bawa makanan yang ready to eat yang mudah. Contoh sambal ikan bilis, serunding daging/ayam (paket kecik-kecik), Maggie, brahim atau apa-ape je lah. Asal kenyang. Ada yang kata tak selera makan makanan orang Jepun. Kembang tekak. Tapi saya jenis yang suka makan takut lapar..hahaha.. so, tak ada lah masalah sangat. Orang lain balik kurus, sy balik sama jer saiz. Ohh ya..rata-rata yang pergi sana akan berpuasa..ini lah masanya yang sangat sesuai ganti puasa bagi yang perempuan dan puasa sunat bagi lelaki..Kalau nak berjimat. Jika tempat tinggal disediakan oleh JICA, sarapan pagi akan disediakan, kita cuma perlu sediakan makan tengahari dan malam je. Kebanyakkan orang akan tapau separuh sarapan pagi untuk makan tengahari. TAPI..sebenarnya, dilarang bawa makanan ke luar dari dewan makan, so kalau nak tapau tu pandai-pandai ye,  duduk la belakang-belakang sikit.


Ubat-ubatan (Panadol, Ubat cirit birit dan minyak angin) – Ubat-ubatan di sana mahal, so bawa la ubat-ubatan yang simple ni. Mana tahu tetiba sakit kepala ke, cirit-birit ke telan aje lah.


Pelembab – sangat perlu terutama kalau kena pergi sana time winter. Kulit akan jadi sangat kering dan merekah-rekah. Jadi, bawa la pelembab yang sesuai.


Ok dulu. Nanti saya tulis lagi pengalaman jadi trainee di sana, macam mana disiplin orang jepun dan keseronokkan bekerja bersama mereka. Sangat-sangat berbeza.