Sunday 12 April 2015

Aiskrim homemade yang sangat mudah



Aiskrim homemade yang sangat mudah, senang dan sedap. Senang sangat nak buat cuma perlu kerajinan untuk ke dapur. Niat untuk buat aiskrim sendiri ni sudah lama tapi selalu tertangguh disebabkan kesibukkan bekerja. Tapi sekarang masa bersama keluarga lebih banyak, jadi lebih la masa di dapur comelku.

Anak-anak sangat-sangat suka makan aiskrim, hampir setiap hari mesti beli aiskrim potong di kedai. Sampaikan si abang gigi dah ronggak sebab makan banyak gula. Aishhhhhh..Tak boleh dibiarkan ni..Kalau buat sendiri, boleh la dikurangkan sedikit gula/susu. Ada rasa manis-manis sikit pun sudah memadai. Janji rasa aiskrim tu ada. Bahan-bahan yang digunakan juga senang diperolehi dan lebih diyakini. Selain itu, aiskrim homemade ni nak guna perisa apa pun boleh. Namanya pun homemade kan, jadi tengok apa yang ada di rumah boleh digunakan sebagai perisa. Kalau ada buah, buatlah aiskrim buah, kalau ada oreo buatlah aiskrim oreo, kalau ada coklat buatlah aiskrim coklat. Kalau nak campur semua pun boleh. 


Jadi sekarang mari berkongsi resepi:
(resepi asal saya perolehi dari fb lupa nama empunya fb, minta maaf banyak-banyak)


Bahan-bahan yang diperlukan:

1 tin susu sejat/susu cair (*sy guna 390 ml fullcream Dutchlady)
1/2 tin susu pekat manis (* sy guna 1/3 sahaja)
1 biji telur
1 sudu besar ovallete
1 sudu teh vanilla

Perisa (Ikut citarasa masing-masing)

Biskut Oreo
Coklat Emulco + cip coklat


Ini sahaja bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan pun mudah didapati. 

Cara pembuatan pula.



Masukkan semua diatas kecuali bahan perisa di dalam mangkuk mixer, putar sehingga kembang 20-30min bergantung kepada mixer anda. Kalau tak ada mixer pun boleh menggunakan blender. Jangan susah hati.






Setelah kembang dan nampak gebu bolehlah la dibahagikan kepada beberapa bahagian dan ditambah dengan perisa yang digemari. Kemudian simpan di dalam peti ais semalaman. Esok pagi dah boleh ngappppp...






Jadi, ini hasilnya...nyum..nyum..nyummmm...


Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment