Realitinya saya seorang surirumah
yang mempunyai dua orang permata hati yang sedang rancak membesar. Meletakkan
jawatan sebagai penjawat awam untuk memberi laluan kepada anak2 syurgaku
membesar di depan mata.
Semoga usaha seorang ibu ini diredhai Allah. Aminn. Sebagai penyejuk
hati sendiri
“Rezeki boleh dicari dimana-mana perlu yakin secara total kepada
Allah, tapi anak2 syurga ini datang sekali sahaja”.
Seorang yang suka mengkaji, membaca dan
mengulas mengikut pandangan mata hati sendiri. Mungkin akan mempunyai persamaan
atau perbezaan pandangan dengan yang lain. Mengalu-alukan persamaan,
mendebatkan perbezaan dan menzahirkan realiti untuk menjadi yang lebih baik
pada masa hadapan. Berbesar hati berkenalan dengan sesiapa sahaja yg sudi. Penulisan dari blog ini akan lebih berkisar berkaitan realiti
kehidupan, keluarga dan explorasi ke tempat-tempat yg menarik hasil daripada pengalaman sendiri dan pemerhatian.
Harapan saya, semoga perkongsian daripada blog peribadi ini dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada yang lain.
Salam Perkenalan dari saya, Leeya Mohtar, rakan blogger anda.
kerikkerikpena@blogspot.com
No comments:
Post a Comment