Anak-anak
dilahirkan dengan pelbagai ragam dan karenah. Ada yang baru setahun sudah petah
berkata-kata, seronok bukan main mak ayah, ada pulak yang lambat sikit
bersuara. Ada yang bercakap tak henti-henti, tak kisah pula tu siapa yang tanya
mesti dia nak balas berjela-jela2..Fuhhhhh, seronok kalau melayan budah kecil
bercakap dah lah comel kan.
Tapi
anak aku ni lain sikit. Umur dah 4 tahun. Cakap cuma dengan pengasuh je. Tapi
itu dulu. Kalau ibu atau papa yang tanya, selalu dia tak jawap pun. Kalau orang
lain tanya, lagi lah jangan harap suara emas dia nak keluar. Susah kalau
macam ni. Bukan apa, takut tetiba jadi apa-apa yang tidak diingini, kalau dia
tak bercakap macam mana orang lain nak tolong. Tapi kalau bab bermain dengan
kawan-kawan laju jer, tak kenal pun boleh jadi geng.
Orang
selalu akan kata. “Oooooo..biasa la kecik lagi tu, nanti dia dah besar sikit ok
lah tu”. Aku pun rasa macam tu juga, tapi disebabkan dia dah masuk tadika so
kena lah banyak cakap sikit. Sebab cikgu selalu complaint dia tak nak bercakap,
macam mana cikgu nak monitor perkembangan dia. Adehhhh….
Kenapa
jadi macam ni?
Melalui
pemerhatian aku, ini kes anak aku yer.. memang tak sama dengan anak orang lain.
Mungkin disebabkan kami tak banyak masa dengan dia. Menurut banyak kajian, usia
0-6 tahun adalah masa paling kritikal bagi kanak-kanak membesar. Semua maklumat
yang dipelajari, pemerhatian, perasaan dan emosi pada usia ini akan tersemat di
minda mereka dan sangat-sangat mempengaruhi mereka setelah dewasa kelak.
Percaya ke tidak? Terpulang kepada pertimbangan masing-masing.
Berbalik
kepada anak aku ni. Dulu aku pun seorang ibu yang bekerja makan gaji. Pukul
7.30 pagi anak dah sampai Taska, kalau tiada kerja terkejut last2 minute atau
meeting berjela-jela dapat la ambil dalam pukul 5.45 petang. Itu pun bos dah
marah sebab balik awal. “Pegawai mana boleh balik awal”, katanya. Padahal betul
lah waktu kerja 8 sampai 5. Lepas pukul 5 kami balik lah. Tapi nak buat macam
mana kan namanya pun makan gaji. Ok, cuba kira berapa lama masa dia di
taska..Majoriti dalam 10 jam lebih kan..Itu belum kalau ibu balik lewat, lagi lah
lama dia di taska. Lepas ambil anak kita cuma ada masa 4/5 jam utk
keluarga sebelum masing-masing tidur. Tapi selalunya bila kita sampai rumah,
mesti terus kemas rumah, masak, mandi, layan smartphone dan macam-macam
lagi…itu realitinya.
Jadi
brapa lama masa kita spend masa dengan anak untuk bertanya, bermain dan
berguling dengan mereka. Tak banyak atau mungkin tiada. Semestinya, anak akan
cuba buat sesuatu untuk tarik perhatian ibu bapa dengan buat maca-macam
kerenah, sepah barang mainan, gaduh dengan adik, atau ape-ape aje asal
dapat perhatian.. Seperti biasa, kita mungkin akan cepat naik angin,mula la nak
marah atau pukul anak sebab dah penat balik kerja. Kalau perkara macam ni
berlaku berulang-ulang setiap hari..Anak pun bosan, daripada cakap atau buat
apa-apa kena marah, baik diam jer.
Percaya
atau tidak, anak-anak yang selalu kena pukul akan sentiasa cuba buat hal
semata-mata supaya mereka di pukul lagi. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab bagi
mereka, itu sahaja perhatian yang boleh mereka dapat dari kedua ibu bapa. Lagi
kerap kita pukul anak, dia akan lebih keras kepala. Ini telah aku lalui, dan
diakui oleh beberapa orang ibu lain. Kadang-kadang ada sesetengah ibu bapa
mengatakan anak mereka degil dan tidak mendengar kata. Tetapi pada hakikatnya mereka
yang dulu tidak cuba mendengar kata-kata anak mereka sendiri. Kesian kan
menagih kasih sayang sebenarnya anak ini.
Macam mana nak tangani masalah
ini?
Ada
caranya, yang penting ibu bapa perlu ubah cara berfikir dan gaya didikan
terhadap anak-anak. PLEASE,
PLEASE and PLEASE...jadikan setiap masa anak-anak anda adalah momen manis
supaya mereka boleh membesar dengan baik dan menjadi seseorang yang bermanfaat
dewasa kelak.
Sharing is caring!!!!
Bersambung PART II
TIP MENANGANI MASALAH ANAK KURANG
BERCAKAP
No comments:
Post a Comment