Showing posts with label Makanan sihat. Show all posts
Showing posts with label Makanan sihat. Show all posts

Sunday, 19 April 2015

Lempeng Daging Sesuai Untuk Anak yang Sukar Makan Sayur

Menu sarapan pagi yang seimbang sangat dititikberatkan oleh ibu-ibu moden sekarang. Jika boleh dalam satu hidangan perlu mengandungi setiap sumber makanan yang terdapat dalam piramid makanan tanpa perlu menambah bahan penambah perisa. Oleh itu, makanan yang dihidangkan lebih berkhasiat dan sihat.

Disini saya ingin berkongsi resepi lempeng daging hasil daripada tiruvasi daripada makanan jepun iaitu Takoyaki. Jika Takoyaki berbentuk bulat, manakala lempeng pula berbentuk leper sama seperti lempeng tradisional/pencake. Lempeng ini juga sesuai bagi anak-anak yang tidak suka makan sayur kerana sayur-sayuran yang digunakan dicincang halus terlebih dahulu. 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Adunan Tepung

- 1 1//2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh baking powder (Opsional) 

Bahan-bahan tambahan

- Daging yang dicincang dan digoreng dengan sedikit minyak (Ikut sukatan sendiri)
- Kobis dicincang halus (Ikut sukatan sendiri)
- Lobak merah diparut (Ikut sukatan sendiri)



Sos

- 2 sudu besar mayonis
- 1/2 sudu besar kicap manis
-1 sudu besar sos tomato.



Penyediaan Bahan

Adunan tepung - masukkan semua bahan dalam mangkuk yang besar dan kacau semua bahan tersebut sehingga sebati.




Sos - Masukkan semua bahan dan kacau sehingga sebati sahaja.


Cara memasak adalah sama seperti kta membuat lempeng.

1. Panaskan kuali (sila guna kuali yang coated), sapu sedikit minyak dan masukkan satu senduk adunan tepung.




2. Terus letak daging dan sayur-sayuran dengan segera. Kemudian ditambah lagi 1/2 senduk adunan tepung.

3. Jika lempeng sudah agak masak, bolehlah diterbalikkan dan tunggu sehingga masak.




Sudah siap.

Selamat Mencuba.

Monday, 13 April 2015

Baked Sweet Potato yang Awesome

Siapa pernah makan sweet potato yang super delicious di Jepun? Makan panas-panas, musim sejuk pula tu sambil minum kopi panas. Perghhhhhh.. sedapnya dengan aroma yang mengigit-gigit.


Itu kalau di sana lah kan. Jadi, berpijaklah di bumi yang nyata. Rasa nak feel lebih sikit bolehlah makan time-time hujan, cuaca pun sejuk kan. Kalau tak berapa rajin nak membakar sweet potato ni tapi teringin nak makan boleh beli di EON ye. Tak perasan pula kalau ada kat tempat lain. Selalu lalu-lalang depan stall sweet potato ni, teringin nak beli, tapi akhirnya yang dibeli adalah Mr. Takoyaki sebab saya tak pandai nak buat Mr. Takoyaki sendiri.

Hakikat sebenarnya, saya lebih suka bakar sendiri sweet potato ni, simple sangat nak buat, tak susah pun nak bakar. Saya memang sangat suka benda-benda yang simple-simple ni. Then, boleh bakar banyak-banyak, makan sampai pengsan, tak gaduh nak berebut-rebut. Puas hati. Jimat pun jimat. 


Kalau nak baked sweet potato ni, carilah Japanese sweet potato yang elok kulitnya. Maksudnya yang tiada luka-luka dalam atau lubang-lubang buatan nanti bila dibakar airnya akan keluar dan cepat kering. Tak dapatlah sweet potato yang gebu lagi lembut. Satu lagi, jangan tertukar dengan keledek ungu ye. Rasanya lain sangat.


Ini cara saya bakar sweet potato.


Bahan-bahan yang diperlukan:


- Japanese sweet potato dan
- Aluminium foil





Kaedah nak masak pun senang je,


1) Basuh bersih-bersih sweet potato ni. Kalau saya siap sental guna span.





2) Bungkus dengan aluminium foil kemas-kemas. Tujuannya supaya sweet potato ni cepat masak dan kulit tidak kering. (Oh ya..kalau tak nak bungkus pun boleh letak terus dalam oven)


3) Dah siap bungkus, apalagi masukkan terus dalam oven dan bakar selama 35 min suhu 220 C.


Tingggg.... Ta daaaaaaaaaaaaaaaaaa...



Dah masak. Boleh dikeluarkan dan dibiarkan dulu selama 10 min. Kenapa? Kan masih panas tu, sabarlah dulu ye. Dah agak-agak boleh di ngappp, ngappplah sepuasnya. Ermmmmmmm..sedapnya, 


Ohhhhhhh... jangan lupa baca Bismillah.