Cuti hujung minggu ni hendak
kemana ya? Bagi saya, inilah masa yang paling sesuai menghabiskan masa bersama
keluarga, setelah melalui hari-hari yang memenatkan. Ikutlah minat
masing-masing untuk bersama keluarga. Jika saya, saya lebih suka pergi ke taman.
Taman permainan depan rumah ini pun sudah memadai asalkan boleh berjongging, berbasikal
atau hanya berjalan-jalan sahaja. Yang penting masa yang terluang khas untuk
keluarga dan boleh mengeluarkan peluh.
Pada entri kali ini, saya ingin
berkongsi tentang Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11, Putrajaya. Taman
yang cantik, luas dan terjaga rapi persis di New Zealand..Hahaha.. Untuk
kesini, agak sukar juga jika menggunakan pengangkutan awam tetapi boleh juga
menggunakan perkhidmatan teksi. Paling mudah adalah dengan menaiki kereta atau
motosikal.
Pertama kali saya datang ke Taman
Saujana Hijau ini, memang agak tidak percaya, di sini ada taman yang cantik. Saya tidak tahu
langsung sedangkan sudah 14 tahun saya bermastautin di sini. Sangat
cantik..sangat cantik..itu yang saya boleh kata. Sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Agak overlah pula.
Ok.. apa yang kita boleh buat di
sini?
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini kerana taman ini sangat luas dan mempunyai banyak kemudahan seperti trek berjongging sepanjang 2.5km, laluan berjalan kaki, pondok dan kerusi untuk berehat, dan macam-macam lagi. Jadi apalagi, jika kesini boleh la berjongging bersama keluarga sambil-sambil menikmati keindahan bukit bukau dan flora. Memang menghijau dan mendamaikan. Namanya pun Taman Saujana Hijau. Sekiranya tidak mahu berjogging boleh juga berbasikal kerana trek yang disediakan agak landai di sekitar lereng bukit ini dan selesa. Tambahan pula terdapat pokok-pokok tinggi, walaupun matahari sudah tinggi masih selesa untuk berjogging. Selain itu juga, terdapat keluarga yang menghabiskan masa berpiknik di sini, bermain bubble gun bersama anak-anak. Sungguh seronok.
Ya. disebabkan taman ini persis
seperti di New Zealand, memang ramai pengantin mengabdikan foto-foto
perkahwinan mereka di sini. Bukan satu pasangan sahaja, kadang-kadang sehingga
beberapa pasangan pengantin bergambar di sini pada hujung minggu. Taman ini
juga menjadi kegilaan sesetengah photographer menghasilkan karya-karya kreatif
mereka. Memang mngujakan.
Selamat Berhujung Minggu.
“Pilihlah Gaya Hidup Sihat”
New Vegas Hotel Casino & SkyPod: A Radica Resort & Casino
ReplyDeleteIs it safe to stay at a New Vegas Hotel Casino & 상주 출장안마 SkyPod? 대구광역 출장샵 It's an 군포 출장샵 ideal rental option that allows 광명 출장샵 you to keep 평택 출장마사지 things cool.