Ini selalu terjadi kepada saya dahulu kala. Selalunya disebabkan anak hendak membeli mainan. Sedangkan dekat rumah sudah bertimbun mainan yang sama. Bila kita kata "tak boleh" mulalah dia tawaf satu Mall, kemudian menangis guling-guling selagi hasratnya belum ditunaikan. Pada kebiasaannya, kebanyakkan ibubapa akan menurut sahaja kehendak anak.
Teringat bagaimana mak bapak, mendidik kami sewaktu kecil dulu. Di sebabkan kami adalah keluarga yang kurang berada barang mainan hanya pembaziran semata. Jika ada di antara kami yang mengamuk untuk membeli mainan bapak akan diam sahaja, dukung terus dan bawa ke tempat yang kurang orang untuk di denda. Akhirnya, kami adik beradik tidak pernah meminta apa-apa yang bukan keperluan.
Jadi, bagaimana dengan ibubapa zaman ini? Ibubapa manalah yang tidak marah dengan perangai anak yang sering tantrum sebegini. Rasa macam nak kena tampar budak ni. Jadi, perlu diikut kata dia atau tidak. Kalau saya jawapannya mudah "Jangan dilayan" tetapi perlaksanaannya sangat sukar. Kalau sentiasa diikut kata dan keinginan dia, akan lebih buruk tantrumnya kemudian hari, dan yang lebih teruk dia tidak akan belajar langsung untuk mengawal emosi. Pada pandangannya, hanya dengan mengamuk, hasratnya akan tercapai.
Apa yang ibubapa boleh buat dalam keadaan sebegini:
Untuk menangani anak yang sedang tantrum ini, kesabaran yang amat tinggi di perlukan. Sentiasa istiqamah dalam setiap tindakan yang diambil. Ibubapa perlu berhati batu sekejap. Kuncinya [SABAR, SABAR dan SABAR] Jangan marah anak di tempat awam, dia juga ada perasaan ada egonya, cuba bawa dia ke tempat yang kurang orang atau ke kereta sebaik-baiknya. Biarkan dia sahaja sampai dia tenang sendiri, buat-buat tidak tahu dan jangan tunjukkan sebarang respon. Setelah anak tenang bolehlah beri reason kenapa tidak boleh walaupun dia tidak mahu mendengar.
Esok atau lusa bawa lagi anak ke Mall/pasaraya, jika anak tantrum lagi, ulangi hal yang sama. Sesi sebegini memang perlukan banyak masa, kesabaran dan komitmen yang sangat tinggi. Kadang-kadang sehinggakan kami tidak sempat untuk membeli barĂ ng keperluan terus balik. Sehingga telah nampak sedikit perubahan pada tantrumnya, bolehlah ditukar daripada membeli mainan kepada makanan. Saya selalu kata kepada anak “Ibu akan beli, kalau abang beli makanan”. Ulang juga perkara yang sama. Bagi kes anak saya, hampir 6 bulan juga masa diambil untuk dia dapat mengawal emosi dan menerima kenyataan bukan setiap masa boleh dapat mainan.
Sekarang..Alhamdulillah dia sudah boleh mengawal emosi sendiri. Kalau kami lalu di depan barang mainan dia akan tengok sahaja sambil jelling-jeling ibu, kalau-kalau ibu nak offer. Bila dah besar sikit ni, dia dah cerdik, dia akan beli makanan yang ada mainan sekali. Jadi, matlamat dia untuk dapat mainan masih tercapai sebab ibu mesti akan beli kalau ianya makanan atau minuman.
Note:
· Memerlukan kesabaran yang tinggi
· Komitmen daripada kedua ibubapa
· Memerlukan masa yang lama
SEMOGA BERJAYA……
No comments:
Post a Comment