Wednesday, 8 April 2015

Keseronokkan bermain Ski di Fukushima




Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa bermain salji di Fukushima walaupun di Tokyo and Tsukuba sudah tidak bersalji. Nikmat Allah yang tidak dapat didustakan. Mudah-mudahan Allah memberikan saya kesempatan lain untuk menikmati keindahan ciptaan-Nya.



Ok untuk kesini kosnya adalah sekitar 8000yen, pakej termasuk pengankutan dari Tsukuba center  dan sewa peralatan ski di sana. Makan dan minum adalah dibawah tanggungan sendiri. Pukul 4.30 pagi kami sudah berkumpul  di Tsukuba Center untuk menaiki bas ke Fukushima yang mengambil masa selama 5 jam. Seperti biasa pemandu bas sangat bersopan santun semasa memandu, menyebabkan rasa terbuai-buai untuk tidur. Jadi, saya memilih tidur sambil sekali sekala melihat keindahan pemandangan luar. Alhamdulillah, kalau di Malaysia, saya jarang tidur di dalam bas, rasa ngeri bila pemandu bas merempit sakan. Tetapi sesekali mengucap juga apabila bas melalui cenuram yang tinggi semasa melalui lerengan gunung, jalan juga licin manalah tahu jika berlaku kesilapan sedikit, terjunamlah kami semua ke dalam gaung.


Pukul 10 pagi kami selamat sampai di sini. Sangat teruja. Terus ambil gambar, daftar, ambil peralatan ski, baju dan kasut khas. Kami pun bergegas ke bilik persalinan, menukar pakaian dan terus bermain ski sehingga pukul 4 petang kerana pusat ini akan tutup sekitar 4.30 petang. Diingatkan mudah untuk main ski ini, rupanya tersangatlah sukar yang pertama kali seperti saya. Jatuh berkali-kali memang tidak terkata, nasib baik ada Nicola, Russian guy, dia yang mengajar kami untuk berski. 


Alhamdulillah.. atas nikmat Allah ini di bumi asing. Melihat keindahan sekeliling, terasa diri amat kerdil untuk menikmati setiap inci ciptaan-Nya. Betullah orang kata ”Merantau lah sejauh mana yang kamu mahu untuk melihat kebesaran Illahi” . Allahuakbar..






No comments:

Post a Comment