Saya dan husband ada minor gaot di usia pertengahan 30-an. Kalau dulu, orang yang agak berusia barulah kena macam -macam penyakit terutama penyakit lagend iaitu tiga serangkai. Tapi sekarang muda-muda lagi dah kena macam-macam penyakit sampaikan kanak-kanak pun dah boleh kena penyakit kronik.
Dalam banyak-banyak faktor yang menyebabkan penyakit, pada pandangan saya adalah faktor pemakanan memainkan peranan yang besar. Rata-rata penyakit merbahaya sangat berkait dengan makanan dan pemakanan. Contohnya, obesiti disebabkan banyak makanan manis dan berlemak, sakit jantung koronari disebabkan makan makanan yang berkolestrol tinggi dan berminyak, kencing manis pula disebabkan banyak makan makanan manis. Begitu juga dengan gaot, yang banyak disumbangkan daripada makanan berprotin tinggi yang akan menghasilkan purin dan seterusnya ditukarkan kepada asid urik. Asid urik yang berlebihan yang tidak dapat dibuang/dikumuh oleh badan ini akan menjadi garam kristal di sendi-sendi yang seterusnya menyebabkan keradangan sendi. Kandungan lemak yang tinggi juga boleh bertindak balas dengan purin dan menghasilkan asid urik.
Di antara makanan yang boleh menyebabkan gaot adalah seperti seafood (ikan bilis, sardin, sotong, udang, kerang, dll), kekacang (daal, soya), organ dalaman (hati, paru, limpa, dll) dan daging merah. Tidak terkecuali juga sayur-sayuran seperti bayam, jagung, cendawan, asparagus, dll. Banyakkan yang pesakit gaot tak boleh makan. Jadi, kami sangat berhati-hati dalam memilih makanan dan lebih selesa masak sendiri di rumah. Pemakanan juga dapat dikawal dengan mudah. Saya pun jarang makan ubat-ubatan hospital, selagi masih boleh menggunakan remedi semulajadi, saya akan cuba selain bertawakal kepada Allah.
Ok. Betul ke teh hijau boleh membantu mengurangkan gaot?
Menurut kajian yang telah dijalankan, teh hijau mengandungi anti-oksidan yang tinggi yang baik untuk sistem imunisasi jika dibandingkan dengan teh biasa dan kopi. Caffeien free product memang baik untuk mengurangkan kadar asid urik di dalam badan. Manakala, menurut kajian yang dilakukan oleh University of Maryland Medical Centre, dengan pengambilan 2 ke 4 cawan teh hijau sehari dapat mengurangkan simtom penyakit gaot.
Saya pula, akan minum teh hijau di waktu pagi bersama sarapan sebagai langkah pengawalan. Kesannya juga akan berbeza-beza mengikut keadaan fizikal dan keperluan individu. Mungkin teh hijau ini sesuai untuk saya, tetapi tidak begitu berkesan untuk orang lain. Yang penting kita mencuba yang terbaik dan jangan berputus asa. Didatangkan penyakit itukan tandanya Allah sayang dan supaya kita lebih mengingati-Nya.
Selamat Mencuba...
http://umm.edu/health/medical/altmed/condition/gout
No comments:
Post a Comment