Friday, 27 March 2015

SALAM PERKENALAN


Realitinya sy seorang surirumah yang mempunyai dua orang permata hati yang sedang rancak membesar. Meletakkan jawatan sebagai penjawat awam untuk memberi laluan kepada anak2 syurgaku membesar di depan mata. Semoga usaha seorang ibu ini diredhai Allah. 

Saya yakin bhw  “Rezeki boleh dicari dimana-mana perlu yakin secara total kepada Allah, tapi anak2 ini datang sekali sahaja”.

Seorang yang suka mengkaji, membaca dan mengulas mengikut pandangan mata hati sendiri. Mungkin akan mempunyai persamaan atau perbezaan pandangan dengan yang lain. Mengalu-alukan persamaan, mendebatkan perbezaan dan menzahirkan realiti untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan. Berbesar hati berkenalan dengan semua. Penulisan dari blog ini akan lebih berkisar berkaitan realiti kehidupan, keluarga dan explorasi hasil daripada pengalaman sendiri dan pemerhatian sekeliling.

Harapan saya, semoga perkongsian daripada blog peribadi ini dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada yang lain.

Salam Perkenalan dari saya, Leeya Mohtar, rakan blogger baru.
kerikkerikpena@blogspot.com



No comments:

Post a Comment